Wednesday, December 7, 2011

KAMUS BAHASA TIDONG (ASAS)

Kamus ini merupakan hasil karya beliau.. Bapa aku.. aku pun berharap dapat menguasai bahasa ini.. Apa tidak.. Aku yang berbangsa Tidong ni sendiri tidak pandai cakap tidong.. Jadi aku berharap dapat menguasai walau tidak banyak tapi dapatlah bertutur sedikit bahasa tidong ni.. sama-sama lah kita pelajarinya.. ya-ha!!

KAMUS BAHASA TIDONG (ASAS)

PRAKATA


            Dalam kehidupan kita sehari-hari kita sering terdedah kepada sekeliling yang boleh menjurus kita lupa dari mana kita datang dan asal usul keturunan kita sama ada dari segi bahasa, adat resam, budaya, kehidupan sosial dan sebagainya.

            Oleh itu, Kamus Perbualan Bahasa Tidong Asas ini dibuat atas kesedaran dan juga sebagai langkah permulaan untuk memupuk semangat cintakan Bahasa Ibunda Tidong terutama sekali kepada generasi muda masa kini agar bahasa ini tidak hilang ditelan zaman kerana bahasalah yang menunjukkan  sesuatu bangsa itu wujud dan amat penting untuk berkominikasi sesama kita.
            Masyarakat suku Tidong ini ada mempunyai beberapa dialek atau loghat bahasa mahupun perkataan yang berbeza. Walaupun begitu, Bahasa Tidong dialek Tarakan merupakan bahasa Tidong yang pertengahan karena dipahami oleh semua warga suku Tidung. Beberapa kata bahasa Tidung masih memiliki kesamaan dengan bahasa dikepulauan Borneo yang lainnya. Kemungkinan suku Tidong masih berkerabat dengan suku Dayak dan rumpun dan suku-suku pribumi yang ada di Sabah dan Sarawak, mahupun suku Dayak di Kalimantan Indonesia seperti : Agabag(Sembakung), Berusu(Sesayap) dll. Oleh Karena suku Tidong beragama Islam dan mengembangkan kerajaan Islam disuatu masa dahulu sehingga tidak dianggap sebagai suku Dayak atau Pagan, tetapi dikategorikan suku yang berbudayakan Melayu seperti suku-suku Melayu yang ada di Malaysia mahupun di Indonesia. Namun begitu, keunikkan tersebut bukanlah sesuatu masalah, malah boleh digunakan dan dicantumkan serta untuk memperbaiki ataupun membina penggunaan bahasa Tidong dengan perkataan-perkataan baru agar ianya menjadi satu bahasa standard atau bahasa ilmu kepada masyarakat Tidong itu sendiri.
            Akhir kata, terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf sekiranya kamus ini ada perkataan-perkataan yang mempunyai pengertian, maksud, sebutan, huruf-huruf dan sebagainya yang berlainan daripada Bahasa atau loghat Tidung itu sendiri dan apa jua kesilapan serta kekurangan tersebut, ianya adalah datang daripada diri saya sendiri kerana saya sendiripun tidak berapa fasih dalam berbahasa Tidong. Saya bersedia menerima teguran dan kritikan. Bukanlah niat di hati saya untuk memandai-mandai ataupun menyinggung mana-mana pihak, melainkan dengan kesedaran untuk memertabatkan bahasa ibunda kita ini. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengajak kepada semua pakar-pakar bahasa Tidong atau fasih dalam berbahasa Tidong untuk bersama-sama memperbaiki dan merealisasikan kamus ini agar ianya menjadi warisan kepada generasi Tidong dan tidak pupus ditelan zaman.




di hasilkan dan di semak oleh : YUSOF HJ. ISMAIL








Variasi Dialek

Bahasa Tidong yang terdapat di kepulauan Borneo ada mempunyai beberapa sub-dialek bahasa yang berlainan berdasarkan lokaliti di mana mereka bermukim.  Loghat atau dialek yang digunakan dalam pertuturan Bahasa Tidong seperti dialek Tidong Tengara, Tidong Sumbol, Tidong Bongawon, Tidong Sembakong, Tidong Sesayap, Tidong Penchangan, Tidong Tarakan, Tidong, Tidong Sedalir dan berkemungkinan lebih daripada yang disebutkan ini. Bagaimanapun di Negeri Sabah , sub-dialek  Bahasa Tidong yang diguna-pakai dalam pertuturan iaitu Tidong Tunggara, dimana generasi awalnya telah membuka penempatan di kawasan Sungai Tawau. Tidong Bongawon dan Tidong Sembakung ditemui disekitar Apas, Tawau, Labuk, Beluran, Sandakan, Sipitang dan Pensiangan. Tidong Sumbol terdapat di Kalabakan, Beluran dan Labuk. Manakala di Kalimantan, Indonesia juga ada terdapat beberapa dialek Bahasa Tidong seperti di Kota Tarakan, Kab. Malinau, Kab. Bulungan, Kab. Nunukan, Kab. Tana Tidung, Kab. Berau, Kab. Kutai Kartanegara dll.

Peranan dan kedudukan Bahasa

Penutur Bahasa tidong, khususnya Tidong Tarakan adalah Dwibahasa. Mereka berbahasa Tidong,tetapi juga dapat berbahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Tidong di dalam interaksi sosial, orang-orang tidong kelihatannya cukup kuat. Tidak ada kesan sikap rendah diri kalau mereka menggunakan bahasa Tidong baik di dalam percakapan ketika mereka sedang berbahasa lain, maupun dalam kesempatan berinteraksi dengan suku lain dalam bahasa Tidong sehinggakan suku-suku lain yang dipersekitaran seperti di daerah Tawau dari kalangan orangtua dari suku Murut, suku Suluk dll suku, fasih dalam berbahasa Tidong . Orang Tidong merasa bangga jika ada suku lain ikut bercakap dalam bahasa Tidong atau mencoba-coba menggunakan bahasa tidong. Mereka pada umumnya dengan senang membetulkan kesalahan apabila seseorang yang bukan penutur asli bahasa Tidong mencoba berbahasa Tidong. Kebanyakan Masyarakat Suku kaum Tidong menganut agama Islam. Mereka banyak bergaul dengan pelbagai suku lain seperti Melayu, Kadazan, Dusun, Murut, Suluk, Bajau, Bugis, Banjar, Jawa, Bulongan, etnik Tionghoa dll. Oleh karena pergaulan ini, mereka pun banyak yang menguasai bahasa-bahasa suku itu dan akibat pergaulan ini, banyaklah penyerapan perkataan-perkataan bahasa lain kedalam bahasa Tidong, khususnya bahasa Melayu.

Bahasa Tidong Dari sudut Pengkaji Bahasa.

Bahasa tidong mempunyai beberapa dialek dan bahkan juga mempunyai subdialek. Selama ini telah ada beberapa pendapat tentang jumlah dialek bahasa Tidong ini, seperti pendapat Stort, Beech, dan Prentice. Stort(1958) menyebut, di kepulauan Borneo  adanya lima dialek bahasa Tidong yaitu dialek Tarakan, Sembakung,Penchangan, sedalir, dan Tidung sungai Sembakung. Beech (1908) mengkelasifikasi empat dialek, yaitu Tidung Tarakan, Bulongan, nunukan dan Sembakung. sedangkan Prentice (1970)menyebut tiga kelompok bahasa Tidong, iaitu Tarakan, Tinggalan (Sembakung), dan Tanggara (Tengara). Sejauh mana dan pengamatan agaknya Bahasa Tidong itu dapat dibezakan menjadi dua dialek besar, yaitu dialek Tidong Sesayap dan dialek Tidong sembakung. Dialek Tidong Sesayap terdapat di sepanjang sungai sesayap dan pulau-pulau di muaranya seperti Pulau Tarakan, Pulau Bunyu dan pulau-pulau di Nunukan. Dialek Sembakung terdapat di sungai Sembakung sebelah utara sungai sesayap. Dialek Sesayap meliputi Subdialek Sesayap, Malinaw dan Tarakan. Subdialek Malinaw umumnya terdapat didaerah hulu sungai sesayap yang meliputi Kabupaten Malinau dan Tideng Pale (Ibukota Kab. Tana Tidong). Subdialek Tarakan meliputi banyak lokasi pemukiman diantaranya pulau Tarakan, Salimbatu, Bebatu, Nunukan dan Pulau bunyu. Dialek Sembakung terdapat di Sembakung, Lumbis, Sebuku dan Tana Lia. Subdialek Tarakan dianggap dapat menjembatani subdialek lainnya, oleh karena itu disebut pula sebagai Tidong Tengara atau Tidung Tengah atau Penengah.

Cerita Lagenda Secara Lisan Atau Tertulis

Dahulu pernah ada cerita lagenda tentang masyarakat Tidong yang tertulis, terutama yang berhubungan dengan riwayat para raja atau cerita kepahlawanan orang Tidong. akan tetapi, kini tulisan seperti itu tidak pernah ditemukan lagi. Yang masih hidup adalah lagenda rakyat Tidong yang diwariskan secara lisan dari orang tua kepada anaknya dan generasi seterusnya. Beberapa lagenda rakyat Tidong itu, antara lain sebagai berikut :
  1. Asal-usul Orang Tidong Tenggara
  2. Lasedne sinan pagun / Tenggelamnya kampung Jelutung
  3. Seritan Ibenayuk / Cerita Ibenayuk
  4. Si Benua dan Si Sumbing
  5. Seludon Yaki Yamus / Cerita Raja Empat Mata
  6. Seludon Batu Tinagad / Cerita Batu di tebang
  7. Yaki Balak / Aki Balak

Huruf Tulisan yang dipakai

Orang Tidong tidak mempunyai tradisi huruf tulisan sendiri. Untuk keperluan penulisa mereka menggunakan huruf arab melayu (jawi) sebelum mengenal huruf latin seperti sekarang. Masyarakat Tidong menganut Agama Islam sekitar abad ke 18. Bersamaan dengan masuknya agama Islam, ikut pula masuk tradisi tulisan arab melayu (jawi) itu.
Bahasa Tidong dialek Tarakan merupakan bahasa Tidong era pertengahan karena dipahami oleh semua warga suku Tidong. Beberapa kata bahasa Tidong masih memiliki kesamaan dengan bahasa . Kemungkinan suku Tidong masih berkerabat dengan suku Dayak di kepulauan Borneo seperti suku-suku pribumi yang ada di Negeri Sabah dan Sarawak seperti Kadazan, Dusun, Murut, Lundayeh iban, bidayuh dll. Mahupun suku Dayak di Kalimantan Indonesia seperti : Agabag(Sembakung), Berusu(Sesayap), dll dan Berunai Darul Salam. Oleh karena suku Tidong beragama Islam dan mengembangkan kerajaan Islam sehingga tidak dianggap sebagai Pagan atau suku Dayak, tetapi dikategorikan suku yang mengamalkan budaya Islam dan Melayu seperti suku kaum Melayu yang lainnya.

Persamaan krosa kata Bahasa Tidong dengan suku lain di Kepulauan Borneo.

Persamaan krosakata bahasa Tidong dengan bahasa-bahasa kepulauan Borneo lainnya, misalnya :
  • Matonandow (bahasa Tidong) matanandau ( bahasa Ngaju), matonadow (bahasa Kadaza/Dusun) ertinya matahari.
  • bubuan dalam bahasa Tidong sama dengan bubuhan (bahasa Banjar) ertinya keluarga, kaum kerabat.
  • taka dalam bahasa Tidong sama dengan takam (bahasa Maanyan) atau taka (bahasa Pasir)  Takao (bahasa Kadazan/Dusun) ertinya Kita.
  • Baloi  (Bahasa Tidong), Wolai (Bahasa Kadazan/Dusun)ertinya rumah
“Segala maklumat akses dan dipadankan dengan laman web dan buku rujukan ".






DAGUWAN ASOS TIDONG/MELAYU/INGGERIS
PERBUALAN BAHASA TIDONG/MELAYU/INGGERIS
BASIC TIDONG/MALAY/ENGLISH CONVERSATION


Nu agou mu ei?
Anda apa khabar?
How are you?

Bais. Dudu?
Baik. Anda?
Fine. You?

Dako bais po.
Saya juga baik.
I’m just fine.

Sigog’/ sendungan no dako intamu maya dudu.
Gembira sekali bertemu dengan anda.
It’s nice see you.

Salamot sumpur, Nu agou?
Selamat pagi, Apa khabar?
Good morning, How’s life?

Al hamdulillah, bais. Dudu?
Al hamdulillah, baik. Anda?
Al hamdulillah, very well. You?

Bais-bais kio. Terimo kasi ka’.
Baik-baik saja. Terima kasih.
Pretty well. Thank you.

Sigog’ no intamu dudu pio.
Gembira bertemu anda lagi.
It’s good to meet you again.

Intad de manai muyu gitu’?
Dari mana kamu ni?
Where are you from?

Dako intad de Tawau.
Saya dari Tawau.
I;m from Tawau.

Si inggalan mu ei?
Siapa nama anda?
What is you name?

Inggalan ko Ujang.
Nama saya Ujang.
My name is Ujang.


De manai muyu mapong?
Di mana kamu tinggal?
Where do you live?

Dako mapong de pagun Apas.
Saya tinggal di Kampung Apas.
I’m live in Apas Village.

Dudu. De manai pagun mu?
Anda. Di mana kampung mu?
You. Where is your village?

Inggalan pagun ko,  pagun kalapakan.
Nama kampung saya, kampung kalabakan.
My village name is kalabakan village.

Dudu masi pio mapong de baloi yama mu ki’?
Anda masih lagi tinggal di rumah ayah mu kah?
Do you still live in your father house?

Nopo, dako sino baloi kebatit.
Tidak, saya ada rumah sendiri.
No, I have own house.

Nu numur telipun muyu ie?
Apa nombor telefon mu?
What’s number your telephone?

Numur telipun ko iyo no 089772436.
Nombor Telefon saya ialah 089772436.
My telephone number is 089772436.

Tawoi ki’ baya mu mapong?
Jauh kah tempat tinggal mu?
Is it far your residence?

Nopo tawoi kon, mingkat kio.
Tidak jauh, dekat saja.
No, not so far, it is near.

Talu ratus mitor kio tad de gitu’.
Tiga ratus meter saja dari sini.
Just about tree hundred meters from here.

Dako malok maaf ka’. Sino nu guang natur ku pio.
Saya minta maaf. Ada yang saya nak uruskan  lagi.
I’m sorry. I have another affairs again.

Dako po guang capot gitu
Saya pun mahu cepat ni.
I’m in a hurry too.

Makou dako gulu.
Saya pergi dulu.
I’ve got to go now.

Sayang no. Dudu guang makou
Sayang sekali anda harus pergi
I’m sorry you have to leave.

Intamu pio
Berjumpa lagi
See you later.
********************************

Johan, gitu dangan ko, Siti.
Johan, ini kawan ku, Siti.
Johan, this is my friend, Siti.

Salamot  bekenolan. Siti
Selamat berkenalan. Siti
How do you, Siti.

Saiful, dako guang mempakanol yadi ko Azura maya de dudu.
Saiful, saya ingin memperkenalkan adik saya Azura kepada anda.
Saiful, I want you to meet my sister Azura.

Sigog’ no intamu muyu.
Gembira sekali bertemu anda
Very pleased to meet you.

Dako po ngerasa sigog’.
Saya juga merasa gembira.
The pleasure is mine.

Salamot gentamu, Azura. Sigog’ no nganol de dudu.
Selamat berkenalan, Azura. Gembira sekali bertemu anda.
How do you do, Azura.. It’s nice to see you.

Maap ka’, kalab ki’ dako mempakanol diri ko maya dudu?. Inggalan ko Ujang Bentawol.
Maaf, boleh saya memperkenalkan diri saya kepada anda?. Nama saya Ujang Bentawol.
Excuse me, but may I introduce my self to you?. My name is Ujang Bentawol.

Salamot Gentamu, Ujang Bentawol, Inggalan ko Dayang Dedalit.
Selamat bertemu, Ujang Bentawol. Nama saya Dayang Dedalit.
How do you do, Ujang Bentawol. My Name is Dayang Dedalit.


Dako krani kio de danai.
Saya kerani saja di sana.
I’m a clerk only.

manong ki’?.Alang ka Bais no.
Benarkah?. Alangkah hebatnya.
Really?. How wonderful.

Dako anak sekula pio.
Saya seorang pelajar.
I’m a student.

Dako pagawoi dinasti
Saya pegawai kerajaan
I’m a civil servant.

De manai pajabot muyu?
Di mana pejabat anda?
Where’s your office?

De pajabot dinasti, de dalan Hj. Karim.
Di pejabat kerajaan, di jalan Hj. Karim.
At the goverment Office, at Hj. Karim road.

Dangan mu gino?. Nu  tugoson no?
Bagaimana kawan mu?. Apa kerjanya?
What about your friend?. What,s his duty?

Sio guru ki’?
Dia guru kah?
Is he a teacher?

Ando, sio po krani
Bukan, dia pun kerani juga.
No, he is a clerk too.

Tekula umor mu?
Berapa usia anda?
How old are you?

dako beumor duwompulu walu tahun.
Saya berumur dua puluh lapan tahun.
I’m twenty eight years old. 

Dako bagu beumor duwompulu tahun.
Saya baru berusia dua puluh tahun.
I’m just twenty.

Ka sengino dudu tu mulog’ walu tahun tad dako.
Kalau begitu anda muda lapan tahun dari saya.
So you are eight years younger than me.



Si inggalan yama mu ei?
Siapa nama bapa anda?
What’s your father’s name?

Si inggalan ina mu ei?
Siapa nama ibu anda?
What’s your mother’s name?

Inggalan yama ko, Hj. Ismail bin Hj. Ahim
Nama bapa saya, Hj. Ismail bin Hj. Ahim.
My father’s name is Hj. Ismail bin Hj. Ahim

Inggalan ina ko, Rugaya Binti Hj. Uyut.
Nama Ibu ku, Rugaya Binti Hj. Uyut.
My mother’s name is Ragaya Binti Hj. Uyut.

Sino inggalan lagouwan mu ki’?
Adakah  nama panggilan anda?
Do you have a nickname?

Ya, sino po. Lagouwan inggalan ko, Sof kio.
Ya, ada juga. Nama panggilan ku, Sof.
Yes, I do. My Nickname, Sof.

Inggalan lagouwan no, Yus.
Nama panggilannya ialah Yus.
His nickname is Yus.

Oh...sengino.
Oh...begitu.
Oh...I see.

Jajog’ inggalan no.
Cantik nama tu.
That name is pretty.

Nu tugosan mu ei?
Apakah pekerjaan anda?
What’s your occupation?

De manai dudu intugos?
Di mana anda bekerja?
Where do you work?

Dako intugos de Dinasti Intuluwan.
Saya bekerja di Jabatan Pendidikan/Pelajaran.
I work at the Department od Education.

Nu tenugos mu de danai?
Apa kerja  anda di sana?
What work you have in there?





Si anu tuwo de dalom keluarga muyu?
Siapakah yang tertua dalam keluarga kamu?
Who is the oldest in yours family?

Dako anu tuwo.
Saya yang paling tua.
I’m is the oldest.

Yadi delaki ko anu mulog’.
Adik lelaki Saya yang termuda.
My little brother  is the youngest.

Senggilan dudu nelahir?
Bila anda dilahirkan?
When were you born?

Dako nelahir de dalom tahun 1969.
Saya dilahirkan pada tahun 1969.
I was born in 1969.

Tanggol tekula dudu nelahir?
Tarikh bila anda dilahirkan?
What date were you born?

Dako nelahir tanggol siam bulan ketalu (Mac).
Saya dilahirkan pada sembilan haribulan Mac.
I was born on March nine.

Ka dako nopo silop, sio nelahir de pagun Malaysia.
Kalau saya tidak silap, dia dilahirkan di Negara Malaysia.
It i’m not mistaken, he was born in Malaysia country.

Asol mu intad de manai?
Anda berasal dari mana?
What part of world you came from.

Dako intad de Tawau. Dako ulun Tidong.
Saya berasal  dari Tawau. Saya orang Tidong.
I came from Tawau. My race is Tidong.


Jadi, baya asol mu Daerah Tawau, Iyo ki’?.
Jadi, tempat asal mu Daerah Tawau, Bukan?.
So your native district is Tawau. Isn’t it?

Ya, manong.
Ya, benar.
Yes, it is.



Dudu pango ngandu ki’?
Anda Sudah berkahwin?
Are you married?.

Nopo, dako bujang pio.
Belum, saya masih bujang.
No, I’m still single.

Senggilan dudu guang ngandu ei?
Bila anda mahu berkahwin?
When do you get married?

 Po pio pandaiya. Dako guang ngaie sekula ko gulu.
Saya belum pasti, saya hendak menghabiskan pengajian terlebih dahulu.
I’m not sure yet. I must finish my study fist.

Ka yadi denandu mu gino?, Senggilan sio guang inandu ei?
Bagaimana dengan adik perempuan anda tu?, Bila dia akan kahwin?
What about your sister? When does she want to get married?

Sio guang inandu dalom bulan apat tu’.
Dia akan berkahwin pada bulan April ni.
She wants to get married in April.

Sio no mulog’ pio, pango nio guang ngandu, kon?
Dia masih terlalu muda untuk berkahwin, bukan?.
She is still too young to married, Isn’t she?

Jadi, tekula umor no senggitu?
Ya, berepa umurnya sekarang?
Well, how old is she?

Sio bagu beumor tuju belas tahun.
Dia baru berumur tujuh belas tahun.
She is still seventeen.

************************************

Titik tekula gitu?
Pukul berepa sekarang?
What time is it?

Sengitu pango tik siam nio.
Sekarang sudah jam sembilan.
It’s nine o’clock, now.

Manong ki’ wag’tu gino?
Apakah waktu itu betul?
Is it the correct time?


Ya, nerasa ko manong po.
Ya, saya rasa betul.
Yes, I think so.

Sino ki’ tik muyu tapot de wag’tu no?
Adakah jam anda tepat waktunya?
Does your watch keep time well?

Ya, tapot kon.
Ya, tepat.
Yes, It does.

Tik ko layut kon. iyo no layut limo menit.
Jam saya lambat. Ianya lewat lima minit.
My watch is slow. It is five minutes late.

Sino ki’ tik muyu capot?
Adakah jam anda cepat?
Is your watch fast?

Nopo, tik ko rusog’.
Tidak, jam saya rosak.
No, it isn’t. My warch is broken.

Sino ki’ dudu mikir wag’tu sengitu pango titik apat?
Adakah anda fikir sekarang ini sudah pukul empat?
Do you think it’s four o’clock?

Ya, dako po ngerasa wag’tu sengitu pango titik apat.
Ya, saya rasa tentu sudah pukul empat sekarang.
Yes, I think it must be four now.

Adow gitu adow nu?
Hari ini hari apa?
What day is today?

Adow tu’ adow Senin.
Hari ini hari Isnin.
Today is Monday.

Jadi no taka sino kelos adow tu’. Kon?
Jadi kita ada kelas hari ini, bukan?
So we have a class today, don’t we?

Ya sino, titik siam dino.
Ya ada, pukul sembilan nanti.
Yes, we do. At nine.


************************************

Suap adow nu?
Esok hari apa?
What day is tomorrow?

Suap adow Ahad.
Esok hari Ahad.
Tomorrow is Sunday.

Ka sengino sio, taka makou de bibir tingkayu suap. kon?
Kalau begitu kita akan pergi berkelah esok, bukan?
Then we’ll go on a picnic tomorrow, won;t we?

Ya, senggino nio.
Ya. Begitulah.
Yes, we will.

Dauwi adow nu?
Kelmarin hari apa?
What day was yeterday?

Dauwi adow Sabtu.
Kelmarin hari Sabtu.
Yesterday was Saturday.

De manai dudu douwi?
Di mana anda kelmarin?
Where were you yesterday?

Dako de Kuala Lumpur.
Saya berada di Kuala Lumpur.
I was in Kuala Lumpur.

Tanggol tekula adow tu’?
Berepa tarikh hari ini?
What date is today?

Tanggol adow tu Talumpulu sinan bulan Ogos.
Tarikh hari ini ialah 31hb. Ogos
Today is August thiry first

Oh guang lepanan ko niyo.
Oh saya hampir terlupa.
Oh I nearly forgot it.

Kenaie dudu kalap lepanan ei. Ando ki’ Adow tu adow kemerdekaan taka?
Kenapa anda boleh terlupa. Bukan kah hari ini hari kemerdekaan kita?
How could you forget it. Today is our Independence Day, isn’t it?



Ya, manong no. Dako lepanan sabob dako kenjulu sibog’ ahir-ahir tu’.
Ya, betul, Saya hampir terlupa kerana saya sibuk akhir-akhir ini.
Yes, it is. I nearly forget itu because I have been very busy lately.

Tanggol senggilan dudu nelahir po?
Bilakah tarikh anda dilahirkan?
What date were you born on?

Dako nelahir tanggol limo bulan Julai.
Saya dilahirkan pada 5hb. Julai.
I was born on the fifth of July.

************************************

Titik tekula dudu kadat satiop adow?
Pukul berepa anda bangun setiap hari?
What time do you get up every day?

Salog’/Biasa no dako kadat malong titik anom sumpur.
Biasanya saya bangun tidur pukul enam pagi.
Usually I get up at six.

Dudu kabatit ki’ anu ngamos de kamar malong mu gino?
Adakah anda sendiri yang mengemaskan bilik tidur anda?
Do you do your own room?

Nu tenugos mu lapos nginum sumpur?
Apa yang anda lakukan selepas sarapan pagi?
What do you do after breakfast?

Lapos nginum sumpur dako ngebaca de surotkabor injakin.
Selepas bersarapan saya membaca surat khabar sebentar.
After breakfast I read the news paper a while.

Kati ki’ dudu ngedingog’ de radio?
Tidak kah anda mendengar radio?
Don’t you listen to the radio?

Ya, dako salog’ ngedingok siaran berita setiop sumpur.
Ya, saya selalu mendengar siaran berita setiap pagi.
Yes, I do. I listen to the news-broadcast every morning.



************************************


Nu anu nepikir mu?
Apa yang anda sendang fikirkan?
What are you thinking about?

Dako mikir de peperiksaan ko gitu.
Saya memikirkan tentang peperiksaan saya.
I’m thinking about my exam.

Sengilan ujian gino nemulai?
Bila ujian tersebut bermula?
When will it take place?

Suap,  titik sepulu.
Esok,  pukul sepuluh.
Tomorrow at ten.

De manai dudu makou douwi?
Ke mana anda pergi kelmarin?
Where did you go yesterday?

Untog’ nu?
Untuk apa?
What for?

Ngesaboi de bubuan ko.
Menziarahi keluarga saya.
To Visit my family.

Titik tekula dudu belapos ke Sandakan kiwon douwi?
Pukul berapa anda bertolak ke Sandakan malam semalam?
What time did you leave fo Sandakan last night?

Dako belapos titik siam.
Saya bertolak pada pukul sembilan.
I left at nine o’clock.

Titik tekula dudu kesaboi de danai?
Pukul berapa anda sampai di sana?
What time did you get there?

Dako saboi de danai kira-kira titik duwo belas.
Sampai di sana kira-kira pukul dua belas.
I get there at about twelve.

Pango nio dudu ngakan mundo’ adow?
Apakah anda sudah makan tengahari?
Did you have lunch?



Titik tekula dudu guang makou de Ipot (Lapangon Tulud) suap?
Pukul berapa anda akan pergi Kelapangan terbang esok?
What time you go to the airport to tomorrow?

Titik tuju talumpulu. Sabob pesawot intulud titik walu.
Pukul tujuh tiga puluh. Kerana Kapal Terbang akan berlepas pada pukul lapan.
At seven thirty. Because the plane will leave at eight.

Sino ki’ dudu makou danai maya de kerita’?
Apakah anda ke sana dengan menaiki kereta?
Will you go there by car?.

Ya, senggino neo.
Ya, begitulah.
Of course, I will.

***********************************

Dudu kesaboi ki’ kemaufakot taka kiwon tu’?
Apakah anda akan datang ke mesyuarat malam ini?
Will you attend our meeting tonight?

Kaie dako nopo kesaboi.
Barangkali saya tidak hadir.
Maybe I won’t.

Kenaie po?
Mengapa tidak?
Why not?

Sabob dako sino tugoson baloi de kiwon tu’.
Sebab saya akan membuat kerja rumah malam ini.
Because i’ll do my homework tonight.

Dino Siti nulung dudu, kon?
Siti akan menolong anda, bukan?
Siti will help you, won’t she?

Ya manong . Dino sio kesaboi tapot de wag’tu no.
Ya benar. Dia akan datang tepat pada waktunya.
Yes, she will. She will come on time.

Dino Maria maya kesaboi ki’?
Apakah Maria akan datang juga?
Will Maria come too?

Ya, nepikir ko sio po kesaboi . Nepandaiyan mu po, de manai lakou Siti, de gino nelakou Maria. Ilo kan  dangan akrob.
Ya, saya fikir dia juga akan datang. Anda tahu kan, ke mana Siti pergi, Maria juga akan pergi. Mereka adalah kawan karib. 
Yes, I think she will come too. You know where siti goes, Maria will go there too. They are bossom friends.   

Bagaimanai dudu makou sekula ei?
Bagaimana anda pergi ke sekolah?
How do you go to school?

Dako salog’ no makou sekula maya de bas kio. Dudu, nu?.
Saya biasanya pergi dengan menaiki bas. Dan anda, apa?
I usually go by bus. And you, what’s?

Salog’ no dako makou tanog kio.
Saya selalunya pergi dengan berjalan kaki.
I often go on foot.

Kenaei?
Kenapa?
Why?

Sekula’ ko nopo tawoi intad de baloi ko.
Sekolah saya tidak jauh dari rumah saya.
My school is not so far from my house.

*************************************

Salog’ ki dudu makao maya kerita’ apoi?
Selalukah anda pergi dengan keretapi?
Do you often go by train?


Ya, salog’ po dako makou de Seremban masak’ de kerita’ apoi tiop minggu.
Ya, saya selalu pergi ke Seremban menaiki keretapi setiap minggu.
Yes, I do. I go to Seremban by train every week.

Kenaie dudu nopo maya kapol intulud ie?
Menga anda tidak pergi dengan menaiki kapal terbang?
Why don’t you go by plane?

Sabob no, ka makou maya de kapol intulud kesila belanja no berago kon.
Kerana jika pergi dengan kapal terbang perbelanjaannya mahal.
Because going by plane is very expensive.

Maya nu ki’, salog’no ulun makou semila de pagun , maya kapol intulud ki’ atau maya de kapol tingkayu?
Dengan apakah biasanya orang pergi ke luar negeri, dengan menaiki kapal terbang atau dengan menaiki kapal laut?
How do people usually go abroad, by plane or by ship?

Ilo salog’ no makou maya kapol intulud kio.
Mereka selalunya pergi dengan menaiki kapal terbang.
They often go by plane.

Kenaie?
Mengapa?
Why?

Sabob makou maya de kapol intulud labi capot intad masag’ de kapol tingkayu.
Kerana pergi dengan menaiki kapal terbang lebih cepat daripada menaiki kapal terbang.
Because going by plane is much faster than going by ship.

*************************************

Bagaimanai dudu makou de pajabot?
Bagaimana anda pergi ke pejabat?
How do you go to the office?

Salog’ no dako makou maya masag’ de kerita’
Saya biasanya pergi dengan menaiki kereta.
I usually go by car.

Tekula suang no umau petrol neperlu muyu tiop adow?
Berapa banyaknya petrol yang kamu  perlukan setiap hari?
How much you fuel do you need every day?


Kira-kira talumpulu litor kio.
Hanya kira-kira tiga puluh liter.
Just about thirty litres.

Kenaei kerita’ mu ie?
Kenapa dengan kereta anda?
What’s wrong with your car?

Ban de Benkulung no kapis kon.
Tayar belakangnya panict / kempis.
The back tire is flat.

Tapi de injin no bais ki’?
Tetapi injinnya baik, bukan?
But the motor is okay, isn’t it?

Ya, bais po.
Ya, masih baik.
Yes, it is.

Tekula tawoi no kerita’ gitu kalap makou dalom sinan tik?
Berepa jauhkah kereta ini boleh berjalan dalam satu jam?
How much does this car cover in one hour?

Iyo kalap makou kira’-kira’ saratus kilomitor.
Ia dapat berjalan kira-kira seratus kilometer.
It can cover about one hundred kilometers.

Tapi gino nopo bais lakou no kon?
Tetapi itu tidak normal kan?
But it isn’t normal, is it?

Ya, Nopo. Salog’ no iyo makou ketawoi anompulu kilomitor.
Ya, Tidak. Biasanya ianya hanya sejauh enam puluh kilometer.
No, It isn’t. Normally it covers only sixty kilometers.

Adow tu, labi bais taka makou masag’ maya de bas.
Hari ni, lebih baik kita pergi dengan menaiki
bas.
Today, we’d better go by bus.

  De manai taka guang masag’ de bas?
  Dimana kita akan menaiki bas?
  Where shall we get on?




Ayuk,  taka masag’ bas tad berantian bas de sembial danai.
Mari kita menaiki bas di perhentian bas di sebelah sana.
Let’s get on at the bus stop over there.

Sino ki’ taka guang mindau bas de gitu?
Adakah kita akan turun bas di sini?
Shall we get off the bus right here?

Nopo. Dino taka mindau tad de berantian bas de tengkuangan danai.
Tidak. Kita akan turun di perhentian bas di hadapan sana.
No. We shall get off at the next bus stop.

Tekula tambang bas no ke pagun Kuala Merotoi?
Berapakah tambang bas ke kampung Kuala Merotai?
How much is the bus fare to Kuala Merotai Village.

Limo ringgit. Ka no silop dako.
Lima ringgit. Jika saya tidak silap.
Five ringgit. If I’m not mistaken.

Iyo no nopo kenjulu berago. Kon?
Ianya tidak begitu mahal. Bukan?
It is not so expensive, Isn’t it?

Nopo.
Tidak.
No, It isn’t.

Oh ya, Pango nio ki’ dudu ngebayar de tambang bas?
Oh ya,  Sudah kah anda membayar tambang bas?
By the way, have you paid the fares?

Ya, pango nio.
Ya, sudah
Yes, I have.

***********************************

Bagaimanai ki’ dudu makou kesila pagun?
Bagaimana anda pergi ke luar negeri?
How do you go abroad?



Dako salog’ no masag’ maya de kapol intulud.
Saya biasanya pergi dengan menaiki kapal terbang.
I usually go by plane.

Masag’ kapol intulud labi berago intad de maya kapol tingkayu. Kon?
Menaiki kapal terbang lebih mahal daripada menaiki kapal laut, bukan?
Going by plane is more expensive than by ship, isn’t it?

Ya, manong. Tapi labi capot.
Ya, benar. Tetapi lebih cepat.
Yes, it is. But faster too.

**********************








KAMUS DAGU TIDONG
KAMUS KROSAKATA TIDONG
DICTIONARY OF TIDONG WORDS


Kata Ganti                     Pronoun                         Dagu Suncung     
Nama                                                                     De Inggalan
Saya,aku                                          I, me, my                                            Dako, ko, Daken
Kau                                                    you                                                    Dudu,
Dia                                                     he, she                                             Sio, iyo
Kita                                                    we, ours, us                                     Taka, Dito’
Kami                                                  we, ours, us                                     Damo, Damen
Kamu, engkau                                 you, your                                          Muyu
mereka                                              they, them, their                              ilo
Warna (Kata Nama)           Colour (Noun)                  Warna (Dagu Inggalan)
Merah                                               red                                                     Lia
Putih                                                 white                                                Pulag
Hijau                                                 green                                                Ijou
Kuning                                             yellow                                                           Silow
Merah Jambu                                  pink                                                   Kesumbo
Hitam                                                            Black                                                 Itom
Jingga                                                           Orange                                             Jingga

Orang (Kata Nama)           Human (Noun)                 Ulun (Dagu Inggalan)
Tubuh, Badan                          body                                                  Badan
Kepala                                              head                                                  Utog’, Ulu
Rambut                                             hair                                                    Abug’
Telinga                                             ear                                                     Telingo
Hidung                                             nose                                                  Adung
Pipi                                                    cheek                                                Malo
Mulut                                                 mouth                                                           Kabang
Leher                                                            neck                                                  Liog’
Perut                                                 stomach, bowels, womb                Tinay
Tangan                                 hand                                                 Tendulu
Kaki                                                   leg                                                     Tanog’
Kuku                                                 nail                                                    Sandop
Paha                                                 thigh, ham                                        Apa
Lutut                                                  knee                                                  Atud
Pinggang                                         kidneys                                             Awag’
Dada                                                 chest                                                 Kubab
Mata                                                  eye                                                    Mato
Kulit                                                   skin                                                   Kulit
Daging                                              meat                                                  Daging
Darah                                                blood                                                 Dada
Lemak                                               fat                                                      Lamog’, tumit-tumbit
Dahi                                                  forehead                                           Abas
Gigi                                                    tooth, teeth                                       Ipon
Lidah                                                 tongue                                              Jila

Betis                                                  calf                                                    Buwan Tanog’
Buah dada, tetek, susu                 breast, teat                                       Titi
Bahu                                                 shoulder                                           Likip
Janggut                                            beard                                                 Jangkut
Buntot, punggung                          bottom, buttocks, posterior            Alu
Ubun-ubun                                      crown, top of the head                   Taub
Jari kelingking                                 little finger                                         Tengkikis
Jari                                                    fingers                                              Lenggagai
Jari tengah                                       middle finger                                               Lenggagai bantong
Jari telunjuk                                     index finger                                      Lenggagai telunjuk
Telapak tangan                               sole, palm                                         Telapak tendulu
Hati                                                    liver                                                   Lengkayau
Ulu hati, jantung                             heart                                                  Pusu
Empedu                                            gall                                                    Limpadu
Tengkuk                                           nape                                                  Ipus
Pusat                                                            navel                                                 Pusod
Lelaki                                                male                                                  Delaki
Perempuan                                      female                                               Denandu
Gadis                                                girl                                                     Semandak/Sumandak
                                              
Keluarga (Kata Nama)               Relatives        (Noun)               Bubuan (Dagu Inggalan)

Ayah                                                 father                                                Yama
Ibu                                          mother                                              Ina, Inna
Nenek                                              grandmother                                    Yadu
Atok                                                  grandfather                                      Yaki
Anak                                                 child                                                  Anag’
Pakcik, Bapa saudara                    uncle                                                 Yujang
Makcik, Ibu Saudara                      aunt, auntie                                     Keminan
Adik                                                   younger brother or sister               Yadi
Abang                                                          elder brother                                    Yaka
Kakak                                                elder sister                                        Yaka
Anak Kemanakan,                         nephew, niece                               Yakon, Menakon
Cucu                                     grandchild                                        Ingkupu
Saudara                                           relative                                              Pensulod
Nenek Moyang                              
great-grandfather/grandmother         Yadu yaki
Ipar                                                    in-law                                                Yangu
Menantu                                           son or daughter in law                   Anag’ Iwan
Mertua                                              father or mother in law                   Iwan
Sepupu sekali                                 cousin                                                           Tegando
Sepupu dua kali                             having relation as cousin              Telenduo
Sepupu tiga kali                              having relation as cousin             Telentalu
Biras                                                 
relationship between two men           Iras
                                                          
who married two sisters or
                                                           Between two women who
                                                           Married two brothers

Istri                                                     wife                                                   Yandu
Suami                                               husband                                           Delaki
Keluarga                                          family                                                Bubuan
Besan                                                           Having relationship between                 Bisan
                                                           Two fathers or mothers who
                                                           Their sons or daughters was
                                                            been married                                                                         





NOMBOR                                       NUMBER                     NUMUR

Satu                                                One                              Sinan
Dua                                                 Two                              Duwo
Tiga                                                Three                           Talu                   
Empat                                            Four                             Apat
Lima                                               Five                              Limo
Enam                                              Six                                Anom
Tujuh                                              Seven                          Tuju
Lapan                                             Eight                                     Walu
Sembilan                                       Nine                             Siam
Sepuluh                                         Ten                               Sapulu
Sebelas                                          Eleven                         Sabelas
Dua belas                                      Twelve                         Duwo belas
Tiga belas                                               Thirteen                      Talu belas
Empat belas                                  Fourteen                     Apat belas
Lima belas                                     Fifteen                         Limo belas
Enam belas                                   Sixteen                        Anom belas
Tujuh belas                                   Seventeen                  Tuju belas
Lapan belas                                  Eighteen                     Walu belas
Sembilan belas                                      Nineteen                     Siam belas
Dua puluh                                               Twenty                        Duwompulu

A

Melayu
English
Tidong
Melayu
English
Tidong






Abad Century Abod Abadi Eternal Kakol
Abai Ignore Nabai Abiliti, kemampuan Ability Senanggup
Absah, Betul Valid, Legal Manong Absen, Tidak hadir Absent Nopo kesaboi
Abu Ash Abu Acah, main-main Make fun Gombak-gombak
Acap, selalu Often, Frequent Injulu Acara Function Acara
Acar Appetizer Acor Acu. Mengancam To threaten Ngelala
Acuh, peduli Care of, to heed nirau Ada To have Sino
Adab Courtesy Adob Adap, mengadap To face Ngadop
Adat Custom Adot Adegan Scene Babag
Adu Complaint Ngadu Aduk, mengaduk To mix Ngaduk
Adun, mengadun To blend, mix Ngadun Afdal, terbaik The best Afdol, tebais
Afiat, sihat Healthy, fine Afiat, bais Agak, Sangka Guess Senangka
Agam, besar, tegap Big, Sturdy Tupar, tagop Agama Religion Ugama
Agar, supaya So that, in order that Agar, supaya Agar-agar Jilly Agor-agor
Agas Sand fly Agos Agel, Kulit kayu Bark Kulit taun
Agenda Agenda Nukum Agih To distribute Tinag’
Agitasi, hasutan Agitation Ngasut Agresif Aggressive Gegawon
Agung Grand, great Tufar Ahad Sunday Ahad
Ahli, anggota Member Bubuan




5 comments: