Saturday, March 19, 2011

CARA MERAPATKAN(perangsang) HUBUGAN sesama MANUSIA..


Entri ini di ambil dari fesbuk.. Tuan empunyanya bernama "USTAZ PENANG".. untuk di kongsi bersama.. woha.. =3


1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus yang lain.

2. Sentiasa berbaik sangka terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman,bantuan tenaga, masa, nasihat,idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar,  mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi bersama kita.

7. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang sekeliling kita.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual dengan kita.

9. Amalkan sunnah2 harian setiap masa dan Insya Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain,terusingatkn diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11. Sentiasa bersyukur dan redha atas pemberian Allah SWT.

12. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan dan keburukan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa ^^,

Apa yg penting...
TERLEBIH DAHULU BAIKI DIRI...

Ingatlah pesan seorang sarjana...

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.."

Wallahu'alam............

4 comments:

  1. ak rasa ko patot selalu amalkan ke-4 tu. lebih2 lg dlm bentuk matawang kpd ak. huahuahua

    ReplyDelete
  2. mira ~~ behhhhhh
    zim ~~ suka kan lah dengan suma.. =3

    ReplyDelete
  3. Best Slots Casinos in Las Vegas (2021) - Mapyro
    Casino: Top 25 Casino · Cafe Casino: 14.5 오산 출장마사지 Million 충청북도 출장마사지 Hours · Party Casino: 파주 출장안마 14.9 Million 보령 출장마사지 Hours · The Shops at Wynn Las Vegas · Harrah's Resort 남양주 출장안마 & Casino:

    ReplyDelete